Wednesday 29 May 2013

Journey to Remember

Slm...
Sekian lama dah blog ini sunyi tanpa sebarang kemaskini. Sibuk memanjang dan jarang online untuk sekian lama. Tapi kali ini akan ku selitkan kisah perjalanan yang sukar dilupakan dalam 'misi untuk menggapai misi'.
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Meskipun pagi tadi baru jer mendapat berita menggemparkan mengenai bot ekspress di Belaga, telah karam. Setakat ini, 181 orang dilaporkan selamat dan 23 orang lagi dikhuatiri masih hilang.
Apa yang aku nak masukkan di sini bukanlah mengenai kejadian tersebut, tetapi serba sedikit mengenai perjalananku ke wilayah baru bagi ku. Satu perjalanan yang mencabar dan memberi kepuasan sebenar khususnya bagi yang suka mengembara ke kawasan yang mencabar. Walaupun bukanlah tempat ekstrem. Tetapi menguji kekuatan mental dan tenaga untuk tiba ke destinasi yang dihajati...
Aku namakan perjalanan kali ini sebagai " Misi Nanga Metah ".
Nanga Metah terletak di tengah-tengah perjalanan antara Kapit dan Belaga. Perjalanan untuk ke sana mengambil masa sekurang-kurangya 2 jam 30 minit menggunakan bot ekspress. Destinasi utama bukanlah di Nanga Metah, tetapi ke sebuah rumah panjang iaitu Rumah Sadang yang terletak agak jauh di dalam Sungai Metah dan mengambil masa lebih kurang 45 minit perjalanan dari Nanga Metah umtuk tiba ke rumah panjang tersebut.
Gambar-gambar sepanjang pengembaraan ku diselitkan bersama dalam 'post' ini....untuk tatapan bersama.

Hari Pertama Pengembaraan

Ketibaan di Terminal Ekspress Kapit

Bermalam semalam di Pekan Kapit

Hari Kedua


Menaiki bot ekpress ke Belaga dan berlepas pukul 930am
Sebelum pergi jangan lupa mencuba menu wajib 'Roti Canai Goreng'
 satu-satunya  tempat d Malaysia yang ada roti canai goreng ( di Gelanggang kenyalang )







Suasana sepanjang perjalanan ke destinasi ( Rumah Panjang Sadang Sg. Metah)


Hari Ketiga

Suasana di Rumah Panjang Sebelum berangkat pulang kembali ke Kapit
 setelah bermalam semalam di rumah tersebut








Suasana sepanjang perjalanan kembali ke Kapit



















Sunday 15 January 2012

Salam 2012

Slm semua....
Sekian lama blog ini sunyi....lama tak update blog coz busy... maybe ini kali pertama aku update untuk tahun 2012...
Azam tahun 2011 blum lagi tercapai...tak tahulah nak teruskan atau tidak azam tersebut..biarlah terserah kepada takdir Allah s.w.t untuk menentukan segalanya...Segalanya adalah ketentuanNya....
Tahun ini (2012) aku nak teruskan hidupku seperti biasa - Biarlah hari ini lebih baik dari semalam, hari esok menjadi lebih baik dari hari ini...dan seterusnya... InsyaAllah...

Biarlah aku share sesuatu yang lain dari konsep yang selalu aku share sbelum ini...untuk menyegarkan minta kita yang dah lama meninggalkan alam persekolahan...benda ni aku dapat dari member facebook aku, dan aku rasa x salah aku share benda ini untuk semua .. :)


Klu korang dapat jawapannya, share di sini k... :) aku dah tahu jwpnnya, juz nak tengok bgaimana korang jwb... :) good Luck!

Tuesday 10 January 2012

.: NAMA-NAMA SYAITAN DAN TUGAS-TUGASNYA

.: NAMA-NAMA SYAITAN DAN TUGAS-TUGASNYA: Rupa-rupanya syaitan mempunyai organisasi yang lengkap dan teratur. Patutlah kebanyakan manusia tersugkur dengan godaan mereka. Apatah lagi...

Tuesday 13 December 2011

FIKIR²KAN LAH

Adalah seorang pemuda yang tengah berjalan-jalan di tepi hutan untuk mencari udara segar, ketika dia tengah berjalan, tiba-tiba terdengarlah ngauman seekor harimau...

Auuuummmmmmm........!!! Seekor harimau yang kelaparan dan sedang mencari mangsa untuk mengisi perutnya muncul di hadapan pemuda itu. Pemuda tadi ketakutan dan berlari sederas semampu dan harimau yang kelaparan turut mengejar pemuda itu.

Dalam pemuda itu berlari, dia masih sempat berdoa agar diselamatkan daripada harimau yang mengejarnya itu. Rupanya doanya dimakbulkan dan dalam dia berlari dia menemui sebuah perigi usang. Terlintas di fikirannya untuk masuk ke dalam perigi tersebut kerana dia pasti harimau itu tidak akan dapat menangkapnya jika dia memasuki perigi tersebut.

Alangkah beruntungnya pemuda itu kerana di tengahnya ada tali menjulur kebawah untuknya memasuki ke dalam perigi tersebut. Tetapi setelah diamati, tali tersebut pendek dan tidak cukup untuk membawanya hingga ke dasar perigi tersebut.

Akhirnya dia hanya mampu bergayut sehingga di tengah-tengah perigi tersebut. Ketiak tengah bergayut,dia menoleh ke atas dan melihat seekor harimau telah menunggunya di tepi perigi berkenaan. Dan ketika dia menunduk ke bawah, terdengar percikan air dan setelah diamati,terdapat 2 ekor buaya yang ganas sedang berusaha menggapai badannya.

Ya Allah, bagaimana untuk aku menghadapi semua ini? Di atasku harimau, dibawahku buaya....
Ketika dia sedang asyik memikirkan caranya, tiba-tiba dari lubang ditepi dinding perigi keluarlah seekor tikus putih dan naik meniti tali pemuda itu. Belumpun lama selepas itu, muncul seekor  lagi tikus hitam yang melakukan hal sama seperti tikus putih tadi.

Aduh...jika tali ini putus, habislah riwayatku dimakan buaya...perasaan bimbang mula menghantui dirinya.
Jika aku naik ke atas, sudah pasti harimau menerkamku...jika menunggu di sini lama-lama, pasti tali ini akan putus dan buaya akan membahamku...

Saat itulah dia mendengar dengungan segerombolan lebah yang sedang membawa madu untuk dibawa ke sarang mereka melintasi atas perigi berkenaan...pemuda itu mendongakkan kepalanya dan tiba-tiba jatuhlah setitis madu dari lebah itu terus ke dalam mulut pemuda tadi...

Spontan pemuda itu berkata.. "Subhanallah..alangkah manisnya madu ini...baru sekali ini kau merasa madu semanis dan selazat ini..."Lantas dia lupa akan ancaman buaya dan harimau tadi...

Ibarah Dari cerita ini :

Pemuda tadi adalah KITA semua,

Harimau yang mengejar adalah MAUT kita, ajal memang sentiasa mengejar kita..Jadi ingatlah akan mati..

Dua Ekor Buaya adalah malaikat MUNKAR dan NAKIR yang menunggu kita di alam kubur kita nanti.

Tali adalah UMUR kita..jika panjang talinya, maka pendeklah umur kita, jika pendek talinya, maka panjanglah umur kita.

Tikus Hitam dan Putih adalah DUNIA kita..siang dan malam sentiasa mengikis umur kita...

Madu Setitis adalah NIKMAT dunia yang hanya sebentar..ketika kita menerima nikmat sedikit, kita lupa Allah..ketika susah barulah kita ingat Allah.

(Sumber : Layarminda)






Monday 5 December 2011

KISAH YANG SANGAT MEMILUKAN



Anak perempuan kecil yang malang ini memberitahu ibunya ,"Mama, adik baru sahaja melukis pakai lipstik mama.."
Ibunya yang mendengar hal itu melihat lipstik yang mahal yang baru dibelinya telah tinggal setengah dan wajah, tangan serta baju anaknya telah penuh dengan lipstik tersebut. Dengan sangat marah ibu itu mengamuk dan memukul anaknya itu tanpa megnhiraukan tangisan dan jeritan anaknya...


Kemudian setelah puas mentempiaskan amarahnya, ibu ini baru sedar anak perempuannya sudah tidak bergerak lagi. Dia pun menggoncangkan tubuh anaknya sambil menangis dan memohon agar anak perempuannya membuka mata.


Tapi sudah terlambat...jantung anaknya itu telahpun berhenti berdegup...


Dan saat sang ibu melihat kesan di selimut dan tempat tidur anaknya, di situ tertulis tulisan menggunakan lipstik merah yang tertulis : "SAYANG MAMA SAMPAI BILA-BILA"

(Sumber : Layarminda)

Nilai Kita

Suatu hari seorang penceramah terkenal membuka seminarnya dengan cara yang unik.
Sambil memegang wang RM100, dia bertanya kepada hadirin,

“Siapa yang nak duit ini?”.

Kelihatan ramai penonton angkat tangan menunjukkan ramai yang minat.

“Saya akan berikan ini kepada salah seorang dari anda , tapi sebelumnya perkenankanlah saya buat ni dulu.”


Dia berdiri mendekati hadirin. Wang itu diramas-ramas dengan tangannya sehingga renyuk.
Lalu bertanya lagi,

“Siapa yang masih mahu duit ini?”
Jumlah tangan yang mengangkat tak berkurang.

“Baiklah,” jawabnya,

“Apa jadinya bila saya melakukan ini?”

Ujarnya sambil menjatuhkan wang itu ke lantai & melenyek-lenyekkan dgn kasutnya. Meski masih utuh, kini wang itu jadi amat kotor,lusuh dan amat renyuk.

"OK, sekarang masih ada yang berminat?”.
Tangan-tangan yang angkat ke atas masih tetap banyak.

Hadirin sekalian, Anda baru saja menghadapi sebuah pelajaran penting. Apapun yang terjadi dengan wang ini, anda masih berminat kerana apa yang saya lakukan tidak akan mengurangi nilainya.

Biarpun renyuk,lusuh dan kotor, wang ini tetap bernilai RM100 juga..

Dalam kehidupan ini, kita pernah beberapa kali terjatuh, terkoyak, dan dipenuhi kotoran akibat keputusan yang kita buat & situasi yang menerpa kita dalam sesuatu keadaan dahulu.

Dalam keadaan seperti itu, kita merasa tak berharga, tak bererti.
Padahal apapun yang telah & akan terjadi, anda tidak pernah akan kehilangan nilai di mata mereka yang mencintai anda, lebih-lebih lagi di mata Tuhan.

Jadi walau bagaimana kotor pun anda, kita masih mempunyai nilai yang tersendiri. Sayangilah diri anda, bertaubat jika membuat dosa, terus berusaha jika gagal kerana diri kita sebenarnya amat berharga.

Dan jangan terlupa kita adalah makhluk Allah yang di pandang sama, hanya iman dan takwa yang membezakan kita.



(Sumber : Layarminda)

Sunday 20 November 2011