Sunday 23 October 2011

TANDA-TANDA AKAN KIAMAT

Hadis Sahih Bukhari, daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

Belum akan terjadi kiamat sebelum timbul peperangan antara dua pasukan besar yang antara keduanya timbul peperangan besar, sedang seruan keduanya sama.

Dan sebelum lahir beberapa dajjal yang amat pandai berbohong, hampir sebanyak 30 orang, semua mendakwa dirinya utusan Allah.

Dan sebelum ilmu diambil, dan banyak kegoncangan,zaman bertambah cepat, kekacauan bermaharajalela dan banyak huru hara, yakni pembunuhan.

Dan sebelum harta melimpah ruah di kalangan kamu sehingga orang yang berharta menginginkan orang akan menerima sedekahnya, lalu ditawarkannya, tetapi orang yang ditawarkan sedekah itu mengatakan dia tidak lagi memerlukannya. Dan sebelum orang banyak bermegah-megah dengan bangunan-bangunan besar.

Dan sebelum orang melalui kubur orang lain lalu dia mengatakan, " Wahai, hendaknya aku di tempat dia. "

Dan sebelum matahari terbit dari tempat terbenamnya, dan apabila ia terbit  dan dilihat oleh manusia maka mereka pun beriman semuanya, tetapi ketika itu, keimanan tidak berguna lagi bagi orang yang belum beriman sebelumnya, atau keimanannya belum menimbulkan usaha-usaha yang baik.

Ketika kiamat terjadi, dua orang yang hendak berjual beli dan telah mengambangkan kain di depan mereka, tidak sempat meneruskan jual beli dan tidak sempat melipat kain. 
Ketika kiamat terjadi, seseorang yang baru selesai memerah susu sapinya tidak sempat hendak meminumnya.
Ketika kiamat terjadi, seseorang yang sedang memperbaiki tepi kolamnya tidak sempat meminum airnya.
Ketika kiamat terjadi, seseorang yang mengangkat makanan ke mulutnya tidak sempat memakannya.

( Sahih Bukhari) 

Wednesday 19 October 2011

Inspirational Quote for Your Day






 "Don't be fooled by the calendar. There are only as many days in the year as you make use of. One man gets only a week's value out of a year while another man gets a full year's value out of a week."
Charles Richards

Monday 17 October 2011

~SIAPA KITA DI HATI KITA~

Lazimnya kita menganggap ujian Allah berbentuk musibah, tetapi seringkali kita terlalai apabila Allah turunkan ujian berbentuk kesenangan yang membuatkan kita berasa sungguh selesa.Tanpa kita sedari, kesenangan dan kemewahan itu juga adalah dugaan daripada Allah s.w.t menguji tahap keimanan hambaNya dan sekadar hendak menguji adakah hambaNya bersyukur dengan nikmat Allah yang melimpah ruah. Ujian yang diberikan bukan tanda Allah benci tetapi merupakan tanda kasih sayang Allah.
Hati yang bersih diperolehi dengan melakukan perkara-perkara yang baik. Perkara kebaikan yang kita lakukan menyebabkan muka bercahaya, hati dikurniakan nur, kesihatan tubuh badan, rezeki yang luas dan menyebabkan dikasihi orang lain. Sebaliknya kerja-kerja jahat yang dilakukan mengakibatkan muka hilang serinya, hati diselubungi noda, badan menjadi lemah, rezeki menjadi sempit dan dibenci manusia.
" The world is like a great mirror. It reflects back to you what you are. If you are loving, if you are friendly, if you are helpful, the world will prove loving, friendly and helpful to you. The world is what you are." - Thomas Dreier  

Sunday 16 October 2011

Wednesday 12 October 2011

Monday 10 October 2011

~Terharu 1 jam~



Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?
Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu… ayah... Tolonglah beritahu berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu? Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu? Mintak sampai 10 ringgit?
Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur! Dah pukul berapa nih...!!"
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah kembali tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta wang sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur. "Kamu benar-benar perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang. "Terima kasih banyaklah ayah!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10 ringgit yang sudah renyuk terhimpit oleh bantal.
Bila ternampak duit itu, si ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya. Sambil menggenggam kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit kat ayah sebab Amin tak cukup duit..." "Tak cukup duit nak beli apa??"Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit.. Nah..ayah ambil duit ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.." Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

Moral:
Kongsilah cerite ni ngan sesape aje yg anda suka tapi… yang penting sekali, kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu bersama2 dgn insan yang anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang bekerja keras sepanjang hidupnya… yang bakal kerja sok lusa... atau sesiapa saja yang selalu sibuk...
Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2 dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada di hati kita..

Bayangkan... bila dah kerja nanti... kalau kita mati… pihak syarikat akan senang2 cari orang lain… gantikan kita.
Tapi..keluarga, rakan2 yang kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan sepanjang hidup mereka... Fikirlah... selama ni... apa yang kita dah buat untuk keluarga kita?… untuk insan yang kita sayang??

ALASAN TAK TUTUP AURAT...???



Pernah nasihat atau tegur kawan-kawan anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka.


1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.


2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”


3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.


4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?


5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?


6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.


7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?


8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.


9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.


10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?


11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.


12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.


13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.“Wahai wanita, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi. Di mana kamu boleh dapatkan permata? Tertanam jauh di perut bumi, tertudung dan dilindungi. Dimana kamu jumpa Mutiara? Terbenam jauh di dalam lautan, tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik. Di mana kamu cari emas? Terperosok di lapisan bumi tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu. Tubuh kamu adalah suci malah lebih berharga daripada emas mahupun permata. Oleh itu kamu juga perlu bertudung dan melindungi diri kamu.”,

My paradise









My first time as a blogger

Salam,
Today - 10/10/2011 - Hari pertama aku cuba jadi blogger. Aku nak jadikan blog aku ni tempat aku share apa-apa pun yang aku rasa boleh aku share dgn sape2 yg bca blog aku nih. Aku dah puas bc blog2 org, byk yg aku blajar dan fahami tentang kepentingan blog mcm nih utk org seperti aku. Ader yang ber'blog' utk isi masa lapang diorang, ader yang cuba nak share maklumat2 berguna, dan tak kurg jge yang share benda-benda pelik ataupun merapu mcm2...tapi bagi aku, aku nak jadikan blog nih tmpt aku share maklumat ataupun tentang apa yang aku alami disamping tmpat aku release tension selepas stress keje. Ye lah, time2 xda aktiviti tu, blehlah ber'blog'....
Salam ukhwah untuk sume.....................