Wednesday 29 May 2013

Journey to Remember

Slm...
Sekian lama dah blog ini sunyi tanpa sebarang kemaskini. Sibuk memanjang dan jarang online untuk sekian lama. Tapi kali ini akan ku selitkan kisah perjalanan yang sukar dilupakan dalam 'misi untuk menggapai misi'.
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Meskipun pagi tadi baru jer mendapat berita menggemparkan mengenai bot ekspress di Belaga, telah karam. Setakat ini, 181 orang dilaporkan selamat dan 23 orang lagi dikhuatiri masih hilang.
Apa yang aku nak masukkan di sini bukanlah mengenai kejadian tersebut, tetapi serba sedikit mengenai perjalananku ke wilayah baru bagi ku. Satu perjalanan yang mencabar dan memberi kepuasan sebenar khususnya bagi yang suka mengembara ke kawasan yang mencabar. Walaupun bukanlah tempat ekstrem. Tetapi menguji kekuatan mental dan tenaga untuk tiba ke destinasi yang dihajati...
Aku namakan perjalanan kali ini sebagai " Misi Nanga Metah ".
Nanga Metah terletak di tengah-tengah perjalanan antara Kapit dan Belaga. Perjalanan untuk ke sana mengambil masa sekurang-kurangya 2 jam 30 minit menggunakan bot ekspress. Destinasi utama bukanlah di Nanga Metah, tetapi ke sebuah rumah panjang iaitu Rumah Sadang yang terletak agak jauh di dalam Sungai Metah dan mengambil masa lebih kurang 45 minit perjalanan dari Nanga Metah umtuk tiba ke rumah panjang tersebut.
Gambar-gambar sepanjang pengembaraan ku diselitkan bersama dalam 'post' ini....untuk tatapan bersama.

Hari Pertama Pengembaraan

Ketibaan di Terminal Ekspress Kapit

Bermalam semalam di Pekan Kapit

Hari Kedua


Menaiki bot ekpress ke Belaga dan berlepas pukul 930am
Sebelum pergi jangan lupa mencuba menu wajib 'Roti Canai Goreng'
 satu-satunya  tempat d Malaysia yang ada roti canai goreng ( di Gelanggang kenyalang )







Suasana sepanjang perjalanan ke destinasi ( Rumah Panjang Sadang Sg. Metah)


Hari Ketiga

Suasana di Rumah Panjang Sebelum berangkat pulang kembali ke Kapit
 setelah bermalam semalam di rumah tersebut








Suasana sepanjang perjalanan kembali ke Kapit