Tuesday 1 November 2011

SELAMAT DATANG NOVEMBER

Oktober dah berlalu pergi.....meninggalkan hitam putih kehidupan. Penuh tragedi dan yang sudah tersurat. Redha adalah penawar berharga, mengajar diri menjadi lebih sabar dan tabah menhadapi ujian. Terima kasih oktober kerana menjadikan aku lebih kuat. Mengajar aku memperbaiki diri. Dengan kehadiran November, mudahan dipermudahkan segala urusan oleh Nya. Biarlah oktober menjadi sejarah. Tak usah ditoleh segala kelemahan. Tinggalkan semuanya pada November. Kurang dua bulan akan tiba tahun baru. Semoga semua kebaikan dan ketenangan hadir mendatang bersama hari mendatang......
SEMOGA SEMUA INSAN BERBAHAGIA DENGAN KEHADIRAN NOVEMBER INI...MENJADI INSAN YANG TERBAIK UNTUK DIRI, KELUARGA, BANGSA DAN NEGARA!

No comments:

Post a Comment